assalamua'laikum...
little bit late coz lotssss of worksss to do... (-,-")
slot kedua sedikit mendalam dan mencabar..cewah...tajuknya Akidah Ahli Sunnah Waljamaah oleh Dr Sulaiman Noordin...
"Dan sesungguhnya, agama ini (Islam) akan berpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya di neraka dan satu di syurga iaitu al-Jamaah" [HR Abu Daud : 4597]
bak kata ustaz... surah At Taubah ayat 100 jadi rahsia camna kita nak lulus dan termasuk dalam 1puak tu... dalam tu state clearly kita kena follow para sahabat nabi...kenapa??? kerana mereka paling ikhlas, paling bertaqwa dan paling faham Arab.. nabi Muhammad juga pernah berwasiat tiga perkara iaitu, bertaqwa kepada ALLAH, taat pada pemerintah walaupun dia seorang hamba, dan ikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat untuk mengelak perpecahan. pesanan ke tiga menasihati kita berjaga-jaga dengan perkara-perkara bidaah... bidaah ni cam kita sedia maklum apa-apa sahaja tambahan dalam ajaran nabi... bahasa mudah nabi dan para sahabat tak buat...
aku pernah dengar di tv tentang tak salah buat bidaah hasanah yakni bidaah yang baik... tapi discussion dengan 2orang sahabat membuat aku sedar bahawa sebarang bidaah adalah dilarang kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan mencemarkan kesucian ajaran yang dibawa Rasulullah... jangan lupa sejarah wujudnya berhala... niat awalnya baik untuk memperingati orang-orang soleh pada zaman nabi Nuh yang sudah meninggal dunia.. lama kelamaan anda boleh lihat dan judge sendiri situasinya sekarang... lahirnya Muhammad untuk menjadi ikutan... ingat lagi kan ayat 3 surah Al-Maidah...
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agamamu"
ajaran nabi itu telah sedia lengkap... tidak perlu di tambah-tambah...lawan sunnah ialah bidaah... sunnah terbahagi kepada dua.. sunah fi'liyah dan sunnah tarqiyyah.. sunnah fi'liyah itu sunnah yang kita buat sebab ikut nabi... tarqiyyah itu pula sunnah yang ditinggalkan... it means nabi tak buat... so kita pun tak payah buat ok... find it out apa yang termasuk dalam amalan bidaah..
lastly pasal tafsir, terjemahan or apa sahaja buku... perlu berhati-hati... aku sendiri tak tahu beza mana perlu ambil dan yang mana tak boleh ambil... jadi penyelesaiannya bila ada baca sesuatu yang pelik or tak pasti kebenarannya, tanya pada orang yang lebih berilmu... proses pembacaan sekarang BUKAN baca dan percaya... tapi baca, kaji dan percaya...
ni just summary... correct me if i'm wrong as usual k... need it...tenkiu...
nota otak : find it out before u believe it k...plz dont just take and believe it without check it first... ada jugak yang cakap bidaah hasanah boleh...click link ni... so kaji dan buat keputusan terbaek ya...
http://kotakhati-lunia.blogspot.com/2010/03/bedah-buku-1-dalam-islam-ada-bidah.html
assalamua'laikum...
No comments:
Post a Comment