Sunday, November 28, 2010

prasangka vs tak sangka

Rentetan daripada post sebelum ni... tiba-tiba terbaca tentang artikel ini..berkaitan dengan apa yang saya kupas dalam post sebelumnya...so.. molek lah saya kongsi disini bagi menyokong kenyataan saya semalam.. selamat membaca dan beramal...=)

Allah Ta’ala berfirman:

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebahagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan-keburukan orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:.

“Artinya : Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah seduta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita keburukan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563]

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata: “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Ibnu Katsir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surat Al-Hujurat.

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang biografinya boleh kita dapati dalam kitab Tahdzib At-Tahdzib berkata : “Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.

Disebutkan dalam kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata : “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”.

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandang wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Pernah memerangi bangsa Sind, Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburukanmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu”[Lihat Kitab Bidayah wa Nihayah karya Ibnu Katsir (XIII/121)]

Alangkah baiknya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah yang terkenal cerdas itu. Dan jawaban di atas salah satu contoh dari kecerdasan beliau.

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131),”Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan sentiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa sakit. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang sentiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.

Beliau juga berkata pad hal.133,“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mahu membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.

Oleh:    Syaikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr


Saturday, November 27, 2010

menilai dan dinilai

salah tak kita menilai orang??? 
tolong jawab saudari saudara yang terbaca post ini... 


dah jawab??? mungkin ada yang rasa salah disebabkan faktor tertentu dan mungkin juga merasakannya satu keperluan atas sebab-sebab tertentu jugak...


soalan seterusnya...
suka tak orang menilai kita???


mesti jawapan anda ya jika penilaian itu benar... dan tak suka kalau penilai itu menilai dari sudut negatif yang kita sendiri tak pernah terfikir seburuk itu kan??


ok tarik nafas dan senyum..tak perlu tegang-tegang disini.. kendurkan balik urat-urat kat kepala yang tegang akibat soalan yang payah bebenar nak jawab tu...yang rasa soalan-soalan kat atas tu cam kacang..hati-hati...jangan suka sangat.. hati-hati mengunyah kacang... takut tergigit bibir or tersedak pula..=P


bagi saya menilai perlu ada had dan sebolehnya menilai secara positif dan bukannya membabi buta...tapi depends pada keadaan juga... ada situasi yang perlukan anda membuat penilaian negatif...contohnya masa anda shopping... anda perlu menilai setiap kedai yang anda pergi sebelum membuat keputusan untuk membeli... setiap kedai yang anda masuk anda akan menilai harga, kualiti dan layanan sales girl..disini menilai secara negatif sangat dan teramat perlu..bagi memastikan keputusan yang terbaik dapat dilakukan...kenapa layanan sales girl penting??? sebab kalau sales girl sombong...masuk dah pandang semacam.. nak usha pom rasa tak selesa...so cam mana nak buat keputusan terbaik kalau tak dapat teliti produk dengan aman walaupun negara kita ni negara merdeka..Mmmm...


walaubagaimanapun... sekiranya melibatkan sesama manusia... saya lebih prefer untuk bersangka baik... dan jangan rasa kita tu baik sangat... tak perlu nak label atau prasangka... think positive.. itu yang saya dan kamu-kamu perlu semat dalam diri...  mungkin dia lakukan sebegitu kerana dia dilahirkan begitu.. mungkin dia buat begini kerana dia ada masalah.. kita pom ada masalah kadang-kadang hangin satu badan juga sampai beliung tu sampai kat kawan sebelah...=) dia nak macam tu mungkin sebab dia tak mahu berisiko dapat sesuatu... dia tak nak ini mungkin kerana ALLAH...perkara ini mungkin kita tak perasan dan terfikir...cuba fahamkan situasi dan cuba fikir sepositif mungkin... anda fikir buruk tentang orang...kalau salah tak berdosa??? =) nak pulak orang tu kita tak kenal... kat mana pulak kita nak cari dia minta maaf..kat dunia pun susah..apatah lagi kat padang masyar nanti??? fikir ok..


tapi ada juga keadaan yang melibatkan sesama manusia yang perlu kita berfikiran negatif... anda jalan sorang-sorang di malam hari... nampak seorang lelaki pakai serba hitam hisap rokok usha anda..masa tu mesti la fikir negatif... jangan pulak fikir "owh mungkin dia nak tanya jalan"..erk... tahu la sama bezakan keadaan... cakap dah dewasa... dah cukup umur... dah baligh... mesti la dah boleh beza baik dan buruk...betol tak???=) situasi ni kadang-kadang saya pun da buat sampai kena dengar leteran sebab take for granted sangat soal keselamatan..huhu... nampaknya saya masih kurang matang..huhu... so mari sama-sama matangkan diri dan berfikir before bertindak...=)


so kesimpulan kat sini... apa yang kita nak buat, tulis, ngumpat tentang orang lain cuba la fikir in the positive way... kita semua tidak cukup sempurna... treat other as you want to be treated... anda tak suka orang berpandangan negatif terhadap anda tanpa sebab yang logik dan boleh diterima... so anda juga tak boleh membiarkan diri anda dibelenggu oleh syaitan laknatullah sehingga sanggup memburukkan orang lain... kadang-kadang kita dengar daripada satu pihak saja kita dah terus buat pelbagai assumption yang buruk-buruk..adilkah??? put yourself in her/his shoes... kalau anda ditempat dia mesti anda mahu cerita disebelah anda juga didengar dan dinilai...akhir kata.. berfikir sebelum bertindak...=)
"Katakanlah 'aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia." (114:1-6)

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagiyang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (3:135)


Friday, November 26, 2010

iklan...=)

Assalamu'alaikum wbt..


hiii dear friends...
do you love contest???
if yes...
please go to those website and do the task
try your best to get the superb prizes...


1. this is CIMB punya contest..click here.. i've try it.. so simple..just match the number.. u can join this contest twice a day to get RM100 if you are not CIMB member and RM200 if u have CIMB account...


2. ini pulak Nokia punya contest... click here... hadiah teramat menarik.. i want the prize for the third place... wanna know what it is??? find it out on the website..click on the "click here" above...hehe


3. ni bukan contest..ni cam page yang connect kita semua.. cuba tengok sini...click here.. Not only will you get to know new friends... but you can also stream videos, listen to music, do shout outs, get the latest football news and many more..=)


sooooo do not hesitate to go to those links ok... have fun...


Assalamualaikum Wbt...=)

saya pandang saya lihat

251110

IJN atau nama penuhnya Institut Jantung Negara memanggil-manggil saya memungut data demografi (subjek-subjek saya punya research punya maklumat diri like race, age, etc)...so saya menyahut panggilan tersebut dengan menganjurkan acara walking for burn (bukan pembakaran lemak secara terbuka ok..tapi pembakaran kulit..hehe..) ke sana bersama-sama peserta tetap acara ni iaitu cik Hajar merangkap my lab mate... so dengan penuh dedikasi melangkah dari Plaza Rah ke IJN dibawah cahaya matahari yang gemilang memancarkan haba dan sinaran UV tanpa segan apatah lagi silu...


setiba disana kaki secara automatik mengarah ke lab research..malangnya hatta bayang-bayang kak Fazlina aka RA IJN yang membantu kami dalam penyelidikan ini tidak kelihatan... nampaknya acara pandang-pandang jeling-jeling pula menyusul.. pelbagai gelagat manusia di observe dan catatan keputusan dan analisis data dilakukan menggunakan software minda kurniaan ALLAH...


si satu sudut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki terbaring di katil disorong oleh ahli keluarga.. kecil-kecil lagi diuji sebegini detik hati saya... jantung ni cam saya dan anda semua tahu 1 of the most important organ... jantung mati.. bahagian lain pun akan mati sebab bekalan oksigen dan nutrien ke bahagian-bahagian badan berhenti layman kata...


kalau orang-orang yang baca tulisan saya dari dulu mesti perah santan yang saya selalu menimbulkan soal sihat sebelum sakit...sebab yang pasti saya tak tahu... sebab yang tak pasti mungkin kerana saya selalu sakit, saya pelajar sains kesihatan atau mungkin sakit itu perkara yang sering terjadi di sekeliling kita.. rasanya hampir semua yang bergelar manusia pernah merasai ujian ini..


berbalik kepada kanak-kanak tersebut.. bezanya dia dengan saya... umur dan jangka masa ujian... ujian itu hadir pada saya dan mungkin juga anda bermusim.. tapi lain pula keadaan kanak-kanak ini.. sakit itu senantiasa menemani bak teman setia... umur sudah pasti la.. saya pada umurnya..sibuk melasakkan diri ke hulu ke hilir macam tak kenal rumah... dia pula menghabiskan masa dengan bau-bau ubat yang kurang menyenangkan..


perlukah kita bersyukur???


sangat perlu.. saya kira kanak-kanak ini peratus syukurnya pada nikmat kesihatan melebihi peratusan saya dan anda...kerana dia jarang merasa sihat.. manusia ni bila sentiasa dikurniakan nikmat kita lupa apa rasanya... tak faham?? okay cenggini...contohnya kita selalu sangat makan coklat (ni bagi orang yang gilakan coklat cam saya la ok..anda yang lain bayangkan makanan yang anda suka..).. selalu sangat dapat makan... lama-lama kita jemu.. dah tak rasa kenikmatan coklat tu..tapi cuba kalau kita orang miskin susah sangat nak dapat coklat tu.. dah dapat tu.. fuh nikmatnya hanya ALLAH saya yang tahu...macam tu jugak nikmat sihat...sebab tu kadang-kadang ALLAH uji kita dengan sakit... bukan apa.. Dia sayang kita... nak remind kita suruh bersyukur... Baikkan ALLAH...=)


Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’:35)


suara-suara leteran tiba-tiba menerobos telinga saya menarik perhatian saya... Aci cleaner marahkan seseorang yang mandi di toilet yang nak dibersihkan... "dah cakap tak boleh mandi kat sini nak mandi juga tak faham bahasa ka." merupakan antara yang dikatakannya... anda jangan ingat anda kerja di pejabat ja tension..kerja Cleaner pun tension tau... bila tension makan la coklat Aci... coklat buatkan badan rembeskan hormon yang boleh buat kita gembira.. tanak coklat pisang pom dikatakan memberikan effect yang sama..hehe... promote kejap...


soal tension tu kita perlu ingat...bukan anda seorang saja yang tension..orang lain pun sama.. tak salah nak tension...yang salahnya menyakitkan hati orang lain... =) saya sekarang cuba praktikkan untuk senyum setiap kali tension.. sebab da kajian mengatakan senyum dapat mengurangkan tension..mesti ikhlas.. cuba senyum sebanyak mungkin sampai anda rasa senyuman anda ikhlas... kalu tak boleh sangat cuba nyanyi lagu Senyum... mesti anda akan tersenyum..=)

senyum...tak perlu kata apa-apa


=)


Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].



"mak teh ni.." hehe... tengok Hannah yang bijak ni bila marah dan tension ngan mak sedaranya yang suka nyakat ni... tak comeyl la marah-marah kakak..hehe...so tak perlu marah-marah ok..=)



Thursday, November 25, 2010

3 magic words

maaf
mahal harganya
memerlukan kekuatan luar biasa untuk melafazkannya
tapi ia bisa membekukan gunung berapi aktif
yang menunggu masa untuk meletus
mencairkan hati yang keras


(p/s: tak perlu kiranya melafazkan senantiasa.. maksudnya benda yang tak perlu pun nak cakap sorry.. orang pom kekadang akan rasa kurang selesa...sikit-sikit nak mintak maaf...saya tak kisah tapi ada sahabat saya cakap dia rimas...=))


terima kasih
mudah, pendek dan padat
perlu dibiasakan hadir dibibir
penghargaan buat satu pengorbanan
hilang penat hiburkan hati


(p/s: bila dihargai... baru semangat nak tolong lagi..tak gitu?? =))


tolong
letaknya di depan atau dibelakang sesuatu ayat
nampak remeh
ala-ala ayat skema BM yang diajar oleh Munshi DBP
mampu meningkatkan adrenalin si penerima arahan


(p/s: ada ka orang yang suka di arah...??? menolongkan lebih nampak sopan terutama bila minta daripada orang yang lebih tinggi atau setaraf pangkatnya dengan kita atau berumur berbanding kita..saya pun sering lupa letak perkataan ni dalam ayat... kena praktikkan...=))


fikir-fikirkan... budi bahasa amalan kita...


“Honest is the best attitude, Humble is the best approach and Helpful is the best investment.”


“Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahmi.” (HR. Muslim)




Wednesday, November 24, 2010

gila-gila

PUMA
ADIDAS
NIKE
REEBOK
KAPPA


ni antara jenama barangan sukan yang menjadi kegilaan orang yang gila jenama..nak taip gila kan sukan tadi..tapi cam tak berapa tepat.. gila jenama lebih tepat sebab barang-barang yang berjenama ni seperti yang saya dan anda sedia maklum harganya pun gila... nampak kasar bila gunakan word gila tapi kalau guna word crazy tak nampak kasar lak kan..hurmmm...


actually kalau ada sesiapa yang gila jenama atau teringin nak pakai barang-barang berjenama ni tapi kurang pulus.. korang cuba klik sini baca info terbaru daripada Puma ni..kot-kot la impian boleh jadik kenyataan...hehe... ala-ala rancangan dalam cerita Puteri Impian lakonan Amy Mastura tu...best gak kan kalau rancangan cam gitu wujud... kompem bankrap penerbit rancangan tu kalau penonton mintak yang bukan-bukan...hahaha999...


walaupun tajuk karangan saya hari ini gila-gila...ia bukan berkitar kepada majalah gila-gila... ia hanya berkitar kepada gila jenama dan gila contest... so anyone yang nak join...klik la ya... hadiah sangat menarik...nak tau hadiahnya apa??? klik dan baca...saya ada kerja lain mau buat.. malas nak buat kopi dan pasta tu.. so buka dan baca la k..daaaa...




Tuesday, November 23, 2010

antara benci dan rela

saya benci bila orang mengatakan saya cakap tak serupa bikin...
saya lebih rela orang katakan saya diam-diam ubi berisi...
saya benci beribadat dihadapan orang kerana risau hati saya terdetik riak tanpa saya sedari...
saya lebih rela sembunyi-sembunyi beribadat, hanya Dia saja yang tahu...
saya benci bila orang memuji saya baik sehingga saya jadi lewa...
saya lebih rela orang hina saya dengan baik supaya saya tahu ada yang saya perlu jaga-jaga dan perbaiki...
saya benci orang menghukum tanpa memeriksa...
saya lebih rela diam membatu tanpa bicara...
saya benci hukum hakam sesedap rasa...
saya lebih rela penghormatan kepada setiap pendapat walaupun berbeza persetujuan...
saya benci mengejar harta benda tanpa menoleh ke bawah..
saya lebih rela biar papa asal bahagia dan jiwa terisi..
saya benci pemuja kecantikan tapi tak tahu makna kebersihan..
saya lebih rela pemuja kebersihan kerana kecantikan xkan kekal...
saya benci rasa benci...
saya lebih rela sayang-menyayang sesama kita..
=)


perjalanan ke syurga atau neraka...hidup dunia yang sementara..berhenti menilai orang lain.. kembali menilai diri.. sesuatu yang kita sangka baik belom tentu baik...sesuatu yang kita sangka buruk juga belum tentu buruk... muhasabah diri... =)


Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

211110

tiba di bandar raya Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5 pagi...penat teramat walaupun saya bukan bertugas sebagai driver bus tersebut... sebabnya saya tak da lesen bus... lesen kereta saya ada...lesen tu hanya berfungsi dari tempat parking kereta sampai depan rumah saya sahaja..hehe..disebabkan sampai rumah dah pukul 5 lebih dan subuh masuk waktu awal sekarang ni...mata yang mahu tertutup ni ditahan daripada tertutup menggunakan segala gadgets terkini yang mampu dimiliki semua orang...tak lain dan tak bukan...handphone dan laptop... alhamdulillah saya berjaya..selepas solat subuh... saya menghempaskan diri ke atas katil... alhamdulillah nikmat tidur dikatil amat terasa setelah semalaman berda dalam keadaan sangat tidak selesa tidur di sofa bus..hehe....err... dont do this at home ok..tak elok tidur lepas subuh sebenarnya...huhu...


dalam pukul 9.30 saya terjaga..kononnya mahu bangun pada pukul 8.30... akibat tidur secara overdose saya sangat dan teramat kelam kabut kerana sudah berjanji dengan dua orang teman tapi mesra untuk bertemu di Sunway pada pukul 11pagi...memang ada sejam setengah lagi tapi perjalanan ke sana mengambil masa yang agak panjang...nak menunggu LRT tu satu hal jugak...baju untuk dating juga belum digosok-gosok... saya tak suka menunggu dan tak suka ditunggu... so dengan menggunakan kuasa kilat pikachu saya segera menyiapkan diri dan bergerak ke Sunway...sorry for the late ya Tiqah...


Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (103:1-3)

pilihan lunch kami pada hari ini ialah Hartz Chicken Buffet... sangat berbaloi untuk orang yang makan banyak.. dengan harga RM24 anda boleh makan dan minum segala yang ada dikedai tersebut... macam-macam yang saya telan kat situ..antaranya lasagna, spagetti, ayam goreng spicy ala-ala kfc, aiskrim, float, air apa ntah campur tembikai ngan nenas yang sangat best, salad ala-ala Pizza hut, buah ngan mayonis, Mashed potato dan macam-macam lagi... nak rasa sila cari kedai makan ni kat Sunway Pyramid ok..hehe...tapi sila bersedia untuk menjadik belon...hehe...

mana Harry Potter nya??? tajuk gah tapi duk pusing lain tempat dulu.. ok..sekarang u turn balek ke Harry Potter... lepas solat Zohor kami masuk panggung...1st time wayang ada problem.. lama gak kot tunggu... sepatutnya start kul 2.15 tapi 2.45 baru start... tu pom ada hati lagi mau tayang iklan berjela-jela... huhu... cerita ini sangat best ok... dan saya sangat tak sabar untuk tunggu part 2... moral of the story yang saya dapat dari cerita ni...sihir memang tak baik..dugaan buat manusia...kacau bilau dunia sebab sihir...

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babilonia Yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya Kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa Barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, Tiadalah baginya Keuntungan di akhirat, dan Amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (2:102)


pukul 6 lebih saya sampai rumah...alhamdulillah... perjalanan agak jauh dan meletihkan... saya tersungkur sebaik saja games Chong Wei VS Lin Dan bermula...=)




Saturday, November 20, 2010

zaman dinasour ke zaman 2020

baru yang tak baru sangat ni saya ada berkunjung ke sogo... kalau tak salah akhir bulan september atau awal bulan oktober... buat pertama kalinya saya membayar menggunakan kad atm... ok saya sangat ketinggalan zaman kerana selama ini saya tak tahu kewujudan cara pembayaran tersebut...biasa la orang-orang zaman dinasour macam saya ni hanya tahu bayar pakai duit cash saja... sanggup sabar beratur ambik duit kat ATM tu... pastu kena pula beratur bayar..kira dua kali sabar la... patot mak saya letak nama saya sabariah la..sebab saya sangat sabar..hehe...


apa pun bukan semua tempat menyediakan perkhidmatan tu dan kalau tak salah saya kena caj kalu bayar macam tu...biasa la setiap cara ada pro dan cons nya... so bijak-bijak la memilih... kalu setakat seringgit dua... pakai jak cash.. kalau dah beli laptop sampai dua ribu tu...berkepul-kepul purse ngan 40 keping duit rm50... so boleh ambik alternatif pakai cara gini...lebih selamat...


selain tu ada jugak perkhidmatan kad debit yang ditawarkan oleh bank... apa tu kad debit??? ok debit pasangannya kredit... semua orang tahu kan.. kad debit ni lain berbanding kad kredit... perubahan utamanya kita boleh guna duit yang kita ada sahaja...tak macam kad kredit yang rajin bebenar buat kita jadi seorang penghutang... kira kad kredit ini cam along la..tapi along yang sah dan tak ada la interestnya naik cepat bebenar cam along yang konon nak tolong tu..


anda, anda dan anda dah ada kad debit ni?? kalu nak usha-usha boleh klik sini... tanya apa yang tak tahu dan nak tahu... then baru decide... pendapat peribadi kad ni better than kad kredit... sebab kita boleh belanja ikut apa yang kita ada... ala-ala ukur baju dibadan sendiri la.. tak da la sampai over budget... tapi bagi orang yang rajin buat belanjawan cam saya dan disiplin bukan macam saya..hehe....boleh ja pakai kad kredit...ni info yang saya jumpa kat incik wikipedia tentang kad debit ni...kebaikan dan keburukannya....



Advantages
  • A consumer who is not credit worthy and may find it difficult or impossible to obtain a credit card can more easily obtain a debit card, allowing him/her to make plastic transactions.
  • For most transactions, a check card can be used to avoid check writing altogether. Check cards debit funds from the user's account on the spot, thereby finalizing the transaction at the time of purchase, and bypassing the requirement to pay a credit card bill at a later date, or to write an insecure check containing the account holder's personal information.
  • Like credit cards, debit cards are accepted by merchants with less identification and scrutiny than personal checks, thereby making transactions quicker and less intrusive. Unlike personal checks, merchants generally do not believe that a payment via a debit card may be later dishonored.
  • Unlike a credit card, which charges higher fees and interest rates when a cash advance is obtained, a debit card may be used to obtain cash from an ATM or a PIN-based transaction at no extra charge, other than a foreign ATM fee.
Disadvantages
  • Use of a debit card is not usually limited to the existing funds in the account to which it is linked, most banks allow a certain threshold over the available bank balance which can cause overdraft fees if the users transaction does not reflect available balance.
  • Many banks are now charging over-limit fees or non-sufficient funds fees based upon pre-authorizations, and even attempted but refused transactions by the merchant (some of which may be unknown until later discovery by account holder).
  • Many merchants mistakenly believe that amounts owed can be "taken" from a customer's account after a debit card (or number) has been presented, without agreement as to date, payee name, amount and currency, thus causing penalty fees for overdrafts, over-the-limit, amounts not available causing further rejections or overdrafts, and rejected transactions by some banks.
  • In some countries debit cards offer lower levels of security protection than credit cards. Theft of the users PIN using skimming devices can be accomplished much easier with a PIN input than with a signature-based credit transaction. However, theft of users' PIN codes using skimming devices can be equally easily accomplished with a debit transaction PIN input, as with a credit transaction PIN input, and theft using a signature-based credit transaction is equally easy as theft using a signature-based debit transaction.
  • In many places, laws protect the consumer from fraud much less than with a credit card. While the holder of a credit card is legally responsible for only a minimal amount of a fraudulent transaction made with a credit card, which is often waived by the bank, the consumer may be held liable for hundreds of dollars, or even the entire value of fraudulent debit transactions. The consumer also has a shorter time (usually just two days) to report such fraud to the bank in order to be eligible for such a waiver with a debit card, whereas with a credit card, this time may be up to 60 days. A thief who obtains or clones a debit card along with its PIN may be able to clean out the consumer's bank account, and the consumer will have no recourse.




kaji dan buat pilihan bijak... ^^


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]

Friday, November 19, 2010

aktifkan dirimu...

teringat pengalaman tika di bangku dan meja sekolah menengah menyertai kayuhan merdeka yang jauhnya berbatu-batu...kayuhan menggunakan gerek...err... gerek tu kat luar jajahan kedah dikenali sebagai basikal ok.. program kayuh-mengayuh bermula pada pagi yang hujan lebat sehinggalah petang yang panas terik... bayangkan la... pagi tu dah start ngan basah lencun sebab hujan... petang tu pom balek ngan basah lencun juga tapi basah dengan peluh... warna kulit tak payah cerita la ya... memang terbakar teruk la... tahap rentung sudah... hoho...


actually kayuhan tu satu aktiviti sempena bulan kemerdekaan peringkat negeri Kedah... so orang-orang yang berjiwa patriotik seperti saya harus menyertai.. haha... disamping tujuan lain yakni saja nak mencari publisiti dalam radio rtm kedah...=P tapi jujur cakap memang sangat dan teramat fun la dapat join program cam gini... walaupun hasilnya terpaksa menanggung kesakitan badan akibat jarang bersukan sepanjang hari...hehe... kamu dan kamu ada tak yang teringin nak mengayuh basikal??? kalu ada...apa kata anda klik sini ... boleh mengayuh sambil beramal disini ya...klik la kalu anda berminat...=)


selain membonceng basikal (membonceng untuk motor ka???basikal boleh tak???cam sesuai jak untuk basikal...hehe)... banyak lagi aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan membuang lemak-lemak tepu yang sentiasa menemani anda ke mana juga anda berada walaupun anda rasa cam nak bagitahu ja mereka.. "eh boleh tak jangan sibuk-sibuk nak ikut saya"...huhu... ya perasaan ni juga menghantui saya... huhu...


teringin rasanya nak main paintball... lama dah teringin... tambah pulak housemate ada gi main tempoh hari... walaupun tahu permainan tu akan menyebabkan badan mengalami lebam-lebam manja...tapi tetap teringin merasa walaupun sekali... kawan-kawan jom la main...!!! permainan tu tak boleh main sorang-sorang...huhu... lagi ramai lagi meriah...wah... saya sangat teringin... anda teringin tak? kalau ada yang teringin..cuba buka link paintball ni.. lepas tu sila ajak saya kalau anda berminat ok...lemak saya dah jerit-jerit minta dipecahkan...=P


ok bawah ni ada artikel yang ringkas dan menarik tentang 3 tertib bersukan untuk wanita yang saya ambil dari sini..



ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.

Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.

Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.

Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.

Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.

Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:

  • Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
  • Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan
  • Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)

Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)

Faedah bersenam




  • Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik
  • Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
  • Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
  • Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
  • Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.



  • teringat satu hadis yang begini bunyinya...
    "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)


    fikir-fikir tapi jangan asyik termenung ja...jom aktifkan diri!! 
    nak buat apa ya???hurmmmm...


    teringin beraktiviti dengan alam..love nature..=)


    Tuesday, November 16, 2010

    for those who love contest

    assalamu'alaikum...
    hi dear friends...
    there are 3 link to 3 different contest here...
    join it if u dream having one of the superb prize...
    all the best...


    100plus nya contest klik sini
    Darlie nya contest klik sini
    Nestle nya contest klik sini


    have fun... =)


    salam aidiladha


    Dengan ini diumumkan hari raya aidiladha jatuh pada hari selasa 17 november 2010 bersamaan 10Zulhijjah 1431hijrah..=)

    wanna wishing all readers Happy eiduladha...

    semoga pengorbanan yang TELAH dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan beroleh balasan syurga diakhirat kelak...

    semoga pengorbanan yang SEDANG dilakukan akan berterusan..

    semoga pengorbanan yang AKAN dilakukan merupakan pengorbanan yang terbaik yang mampu kita berikan...

    moga-moga kita mampu menunaikan ibadah khusus pada bulan Zulhijjah iaitu ibadah korban dan melengkapkan rukun islam ke5 hatta sekali seumur hidup...ameen...

    tika saudara-saudara kita berhimpun di Mekah Al-Mukarramah asyik beribadat mengimpikan haji mabrur...kita disini juga boleh berkorban masa dan tenaga menunaikan ibadat-ibadat sunat yang special pada hari aidiladha tersebut... ya kita semua sedia maklum dan faham rutin aidiladha tersebut... just mengingatkan diri dan rakan-rakan yang mungkin terlupa... berikut merupakan ibadat special tersebut... yang hanya kita boleh amalkan setahun sekali... so whats are u waiting for?? take this opportunity to gain more and more pahala... insyaALLAH..

    1.Bertakbir 

    Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
    2. Berkorban 
    Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
    وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
    Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
    3. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya
    Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

    Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

    4. Memakai pakaian terbaik yang ada

    Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

    Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian yang tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). 
    Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!! 

    5. Menjamah makanan sehingga pulang

    Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)
    6. Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

    Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

    7. Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat

    Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

    8. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

    Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.

    selamat berusaha mendekatkan diri padaNya...=)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...