Friday, November 26, 2010

saya pandang saya lihat

251110

IJN atau nama penuhnya Institut Jantung Negara memanggil-manggil saya memungut data demografi (subjek-subjek saya punya research punya maklumat diri like race, age, etc)...so saya menyahut panggilan tersebut dengan menganjurkan acara walking for burn (bukan pembakaran lemak secara terbuka ok..tapi pembakaran kulit..hehe..) ke sana bersama-sama peserta tetap acara ni iaitu cik Hajar merangkap my lab mate... so dengan penuh dedikasi melangkah dari Plaza Rah ke IJN dibawah cahaya matahari yang gemilang memancarkan haba dan sinaran UV tanpa segan apatah lagi silu...


setiba disana kaki secara automatik mengarah ke lab research..malangnya hatta bayang-bayang kak Fazlina aka RA IJN yang membantu kami dalam penyelidikan ini tidak kelihatan... nampaknya acara pandang-pandang jeling-jeling pula menyusul.. pelbagai gelagat manusia di observe dan catatan keputusan dan analisis data dilakukan menggunakan software minda kurniaan ALLAH...


si satu sudut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki terbaring di katil disorong oleh ahli keluarga.. kecil-kecil lagi diuji sebegini detik hati saya... jantung ni cam saya dan anda semua tahu 1 of the most important organ... jantung mati.. bahagian lain pun akan mati sebab bekalan oksigen dan nutrien ke bahagian-bahagian badan berhenti layman kata...


kalau orang-orang yang baca tulisan saya dari dulu mesti perah santan yang saya selalu menimbulkan soal sihat sebelum sakit...sebab yang pasti saya tak tahu... sebab yang tak pasti mungkin kerana saya selalu sakit, saya pelajar sains kesihatan atau mungkin sakit itu perkara yang sering terjadi di sekeliling kita.. rasanya hampir semua yang bergelar manusia pernah merasai ujian ini..


berbalik kepada kanak-kanak tersebut.. bezanya dia dengan saya... umur dan jangka masa ujian... ujian itu hadir pada saya dan mungkin juga anda bermusim.. tapi lain pula keadaan kanak-kanak ini.. sakit itu senantiasa menemani bak teman setia... umur sudah pasti la.. saya pada umurnya..sibuk melasakkan diri ke hulu ke hilir macam tak kenal rumah... dia pula menghabiskan masa dengan bau-bau ubat yang kurang menyenangkan..


perlukah kita bersyukur???


sangat perlu.. saya kira kanak-kanak ini peratus syukurnya pada nikmat kesihatan melebihi peratusan saya dan anda...kerana dia jarang merasa sihat.. manusia ni bila sentiasa dikurniakan nikmat kita lupa apa rasanya... tak faham?? okay cenggini...contohnya kita selalu sangat makan coklat (ni bagi orang yang gilakan coklat cam saya la ok..anda yang lain bayangkan makanan yang anda suka..).. selalu sangat dapat makan... lama-lama kita jemu.. dah tak rasa kenikmatan coklat tu..tapi cuba kalau kita orang miskin susah sangat nak dapat coklat tu.. dah dapat tu.. fuh nikmatnya hanya ALLAH saya yang tahu...macam tu jugak nikmat sihat...sebab tu kadang-kadang ALLAH uji kita dengan sakit... bukan apa.. Dia sayang kita... nak remind kita suruh bersyukur... Baikkan ALLAH...=)


Dan aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia’:35)


suara-suara leteran tiba-tiba menerobos telinga saya menarik perhatian saya... Aci cleaner marahkan seseorang yang mandi di toilet yang nak dibersihkan... "dah cakap tak boleh mandi kat sini nak mandi juga tak faham bahasa ka." merupakan antara yang dikatakannya... anda jangan ingat anda kerja di pejabat ja tension..kerja Cleaner pun tension tau... bila tension makan la coklat Aci... coklat buatkan badan rembeskan hormon yang boleh buat kita gembira.. tanak coklat pisang pom dikatakan memberikan effect yang sama..hehe... promote kejap...


soal tension tu kita perlu ingat...bukan anda seorang saja yang tension..orang lain pun sama.. tak salah nak tension...yang salahnya menyakitkan hati orang lain... =) saya sekarang cuba praktikkan untuk senyum setiap kali tension.. sebab da kajian mengatakan senyum dapat mengurangkan tension..mesti ikhlas.. cuba senyum sebanyak mungkin sampai anda rasa senyuman anda ikhlas... kalu tak boleh sangat cuba nyanyi lagu Senyum... mesti anda akan tersenyum..=)

senyum...tak perlu kata apa-apa


=)


Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].



"mak teh ni.." hehe... tengok Hannah yang bijak ni bila marah dan tension ngan mak sedaranya yang suka nyakat ni... tak comeyl la marah-marah kakak..hehe...so tak perlu marah-marah ok..=)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...