actually kayuhan tu satu aktiviti sempena bulan kemerdekaan peringkat negeri Kedah... so orang-orang yang berjiwa patriotik seperti saya harus menyertai.. haha... disamping tujuan lain yakni saja nak mencari publisiti dalam radio rtm kedah...=P tapi jujur cakap memang sangat dan teramat fun la dapat join program cam gini... walaupun hasilnya terpaksa menanggung kesakitan badan akibat jarang bersukan sepanjang hari...hehe... kamu dan kamu ada tak yang teringin nak mengayuh basikal??? kalu ada...apa kata anda klik sini ... boleh mengayuh sambil beramal disini ya...klik la kalu anda berminat...=)
selain membonceng basikal (membonceng untuk motor ka???basikal boleh tak???cam sesuai jak untuk basikal...hehe)... banyak lagi aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan membuang lemak-lemak tepu yang sentiasa menemani anda ke mana juga anda berada walaupun anda rasa cam nak bagitahu ja mereka.. "eh boleh tak jangan sibuk-sibuk nak ikut saya"...huhu... ya perasaan ni juga menghantui saya... huhu...
teringin rasanya nak main paintball... lama dah teringin... tambah pulak housemate ada gi main tempoh hari... walaupun tahu permainan tu akan menyebabkan badan mengalami lebam-lebam manja...tapi tetap teringin merasa walaupun sekali... kawan-kawan jom la main...!!! permainan tu tak boleh main sorang-sorang...huhu... lagi ramai lagi meriah...wah... saya sangat teringin... anda teringin tak? kalau ada yang teringin..cuba buka link paintball ni.. lepas tu sila ajak saya kalau anda berminat ok...lemak saya dah jerit-jerit minta dipecahkan...=P
ok bawah ni ada artikel yang ringkas dan menarik tentang 3 tertib bersukan untuk wanita yang saya ambil dari sini..
Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.
Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.
Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.
Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.
Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.
Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.
Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:
- Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
- Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan
- Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.
FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah
Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”
Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)
Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)
Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)
Faedah bersenam
teringat satu hadis yang begini bunyinya...
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)
fikir-fikir tapi jangan asyik termenung ja...jom aktifkan diri!!
nak buat apa ya???hurmmmm...
teringin beraktiviti dengan alam..love nature..=)
2 comments:
best kalo dpt msok hutan,daki gunung..rsenya kalo join rakan muda,aktif kot..cik pka p la join,hehe.. *pndai sruh org,diri sndri x wat*
dah final year..tamau la..hahaha999
Post a Comment