Saturday, November 27, 2010

menilai dan dinilai

salah tak kita menilai orang??? 
tolong jawab saudari saudara yang terbaca post ini... 


dah jawab??? mungkin ada yang rasa salah disebabkan faktor tertentu dan mungkin juga merasakannya satu keperluan atas sebab-sebab tertentu jugak...


soalan seterusnya...
suka tak orang menilai kita???


mesti jawapan anda ya jika penilaian itu benar... dan tak suka kalau penilai itu menilai dari sudut negatif yang kita sendiri tak pernah terfikir seburuk itu kan??


ok tarik nafas dan senyum..tak perlu tegang-tegang disini.. kendurkan balik urat-urat kat kepala yang tegang akibat soalan yang payah bebenar nak jawab tu...yang rasa soalan-soalan kat atas tu cam kacang..hati-hati...jangan suka sangat.. hati-hati mengunyah kacang... takut tergigit bibir or tersedak pula..=P


bagi saya menilai perlu ada had dan sebolehnya menilai secara positif dan bukannya membabi buta...tapi depends pada keadaan juga... ada situasi yang perlukan anda membuat penilaian negatif...contohnya masa anda shopping... anda perlu menilai setiap kedai yang anda pergi sebelum membuat keputusan untuk membeli... setiap kedai yang anda masuk anda akan menilai harga, kualiti dan layanan sales girl..disini menilai secara negatif sangat dan teramat perlu..bagi memastikan keputusan yang terbaik dapat dilakukan...kenapa layanan sales girl penting??? sebab kalau sales girl sombong...masuk dah pandang semacam.. nak usha pom rasa tak selesa...so cam mana nak buat keputusan terbaik kalau tak dapat teliti produk dengan aman walaupun negara kita ni negara merdeka..Mmmm...


walaubagaimanapun... sekiranya melibatkan sesama manusia... saya lebih prefer untuk bersangka baik... dan jangan rasa kita tu baik sangat... tak perlu nak label atau prasangka... think positive.. itu yang saya dan kamu-kamu perlu semat dalam diri...  mungkin dia lakukan sebegitu kerana dia dilahirkan begitu.. mungkin dia buat begini kerana dia ada masalah.. kita pom ada masalah kadang-kadang hangin satu badan juga sampai beliung tu sampai kat kawan sebelah...=) dia nak macam tu mungkin sebab dia tak mahu berisiko dapat sesuatu... dia tak nak ini mungkin kerana ALLAH...perkara ini mungkin kita tak perasan dan terfikir...cuba fahamkan situasi dan cuba fikir sepositif mungkin... anda fikir buruk tentang orang...kalau salah tak berdosa??? =) nak pulak orang tu kita tak kenal... kat mana pulak kita nak cari dia minta maaf..kat dunia pun susah..apatah lagi kat padang masyar nanti??? fikir ok..


tapi ada juga keadaan yang melibatkan sesama manusia yang perlu kita berfikiran negatif... anda jalan sorang-sorang di malam hari... nampak seorang lelaki pakai serba hitam hisap rokok usha anda..masa tu mesti la fikir negatif... jangan pulak fikir "owh mungkin dia nak tanya jalan"..erk... tahu la sama bezakan keadaan... cakap dah dewasa... dah cukup umur... dah baligh... mesti la dah boleh beza baik dan buruk...betol tak???=) situasi ni kadang-kadang saya pun da buat sampai kena dengar leteran sebab take for granted sangat soal keselamatan..huhu... nampaknya saya masih kurang matang..huhu... so mari sama-sama matangkan diri dan berfikir before bertindak...=)


so kesimpulan kat sini... apa yang kita nak buat, tulis, ngumpat tentang orang lain cuba la fikir in the positive way... kita semua tidak cukup sempurna... treat other as you want to be treated... anda tak suka orang berpandangan negatif terhadap anda tanpa sebab yang logik dan boleh diterima... so anda juga tak boleh membiarkan diri anda dibelenggu oleh syaitan laknatullah sehingga sanggup memburukkan orang lain... kadang-kadang kita dengar daripada satu pihak saja kita dah terus buat pelbagai assumption yang buruk-buruk..adilkah??? put yourself in her/his shoes... kalau anda ditempat dia mesti anda mahu cerita disebelah anda juga didengar dan dinilai...akhir kata.. berfikir sebelum bertindak...=)
"Katakanlah 'aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) jin dan manusia." (114:1-6)

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagiyang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (3:135)


2 comments:

Annas Collections Boutique & Tailoring said...

menilai untuk mula mengenali org tu...bukan untuk kutuk dia! tapi lebih kepada nak adapt dengan org tu..kita x berhak nk menilai secara negatif kerana setiap org adalah berbeza. contohnya...saya berkata "ehh..ambillah baju ni, mahal tau, saya dapat diskaun dari butik terkenal" maksud saya rugi la kalau dia x nak ambil dan pakai baju tersebut sbb bukan senangg nak dapat diskaun! org judge,belagak betul dia ni..tau laa baju sume tempah kat butik! haaa tengok...sebab cara penjelasan dan maksud kita berbeza! Kalau lah anda org yang suka judge mcm ni, itu tandanya diri anda sentiasa terkonkong dan anda sebenarnya seorang yang negatif..kalau dah tau berubah la...

picairin said...

yup my sis.. belajar untuk berfikir secara positif... mind set tu penting...
wah..1st tyme menerjah ke blog adik mu ini...hahaha999...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...