Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


Dengan ini diumumkan hari raya aidiladha jatuh pada hari selasa 17 november 2010 bersamaan 10Zulhijjah 1431hijrah..=)

wanna wishing all readers Happy eiduladha...

semoga pengorbanan yang TELAH dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan beroleh balasan syurga diakhirat kelak...

semoga pengorbanan yang SEDANG dilakukan akan berterusan..

semoga pengorbanan yang AKAN dilakukan merupakan pengorbanan yang terbaik yang mampu kita berikan...

moga-moga kita mampu menunaikan ibadah khusus pada bulan Zulhijjah iaitu ibadah korban dan melengkapkan rukun islam ke5 hatta sekali seumur hidup...ameen...

tika saudara-saudara kita berhimpun di Mekah Al-Mukarramah asyik beribadat mengimpikan haji mabrur...kita disini juga boleh berkorban masa dan tenaga menunaikan ibadat-ibadat sunat yang special pada hari aidiladha tersebut... ya kita semua sedia maklum dan faham rutin aidiladha tersebut... just mengingatkan diri dan rakan-rakan yang mungkin terlupa... berikut merupakan ibadat special tersebut... yang hanya kita boleh amalkan setahun sekali... so whats are u waiting for?? take this opportunity to gain more and more pahala... insyaALLAH..

1.Bertakbir 

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
2. Berkorban 
Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
3. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya
Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

4. Memakai pakaian terbaik yang ada

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian yang tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). 
Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!! 

5. Menjamah makanan sehingga pulang

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)
6. Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

7. Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

8. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.

selamat berusaha mendekatkan diri padaNya...=)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...