Thursday, March 18, 2010

tadi aku lihat...

tadi aku lihat ramai orang berebut-rebut makanan disitu...
"kenapa ramai orang di situ ya???" soal aku kepada seorang sahabat....
"orang-orang miskin sedang mengambil makanan" jawab sahabat ku itu...
owh...selalu saja aku lalu di situ tapi tak pernah aku lihat keadaan itu...
berebut-rebut mengambil makanan...
yang sudah dapat beredar dengan senyuman penuh makna...

pengembaraan mencari ais kacang ku teruskan...
melalui satu restoran yang agak mewah...
ramai juga disini...
tapi tidak seramai tadi....
semua makanan kelihatan enak sekali...
keadaan aman, tak perlu berebut...

2 keadaan yang sangat berbeza...
2golongan yang berbeza darjatnya dimata manusia...
tapi semua nya sama di mata Yang Esa...
tak perlu mimpikan untuk makan di restoran mewah...
bersyukur andai cukup makan dan tak perlu meminta...

buat tuan yang kaya raya...
tunaikan la tanggungjawab...
zakat itu kecil sahaja nilainya bagi tuan...
tapi sangat bermakna bagi golongan-golongan yang tidak diuji seperti tuan...
tuan diuji dengan kekayaan...
tapi mereka diuji dengan kesabaran dek kemiskinan...



Islam indahkan..
yang kaya mesti menolong yg kurang...
elak rasa dengki...
pupuk rasa sayang...
semai rasa syukur...

buat sahabat...
kita hanya pelajar...
tapi aku yakin rm10 untuk menderma tidak akan membuatkan kita miskin...
bahkan kaya diakhirat kelak...
curilah peluang yang ada..
takut-takut susah untuk kita berjumpa peluang yang sama kelak...
ringankan la tangan...
mungkin bukan semua duit kita itu adalah hak kita...
sebahagiannya mungkin hak orang lain...
sebaik-baik manusia ialah yang memberi barang yang paling ia sayang kepada yang berhak...

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (al-Baqarah:261)

4 comments:

qila~ said...

memberi lebih baik dari mnerima..btol,sgt gembira tgk wjah gmbira mreka bila dpt b'kongsi wlau sedikit :)

picairin said...

yep... buat baek mmg ati gembira...^,^

koko said...

buat baek dapat buat org len gembira d samping dpt gembirakan diri sendiri...x ke pakej tuh???hehhe

picairin said...

pakej lengkap... ^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...